7 Makanan untuk Kesihatan Tiroid
1. Tiram
Tiram adalah salah satu sumber diet zink yang terbaik, dan zink membantu badan anda menghasilkan hormon tiroid penting T3. Ia juga tinggi selenium, mineral lain yang berkaitan dengan sintesis hormon tiroid.
2. Kacang Brazil
Kacang brazil mengandungi selenium yang tinggi, kajian menunjukkan diet rendah selenium dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit tiroid.
3. Rumpai Laut
Rumpai laut kaya dengan mineral, terutama sodium, yang penting untuk penghasilan hormon tiroid. Ia sangat kaya dengan iodin, sebenarnya, ia mungkin tidak sesuai untuk orang yang menghidap hipertiroid, jadi rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu jika anda ada masalah hipertiroid.
4. Yogurt
Anda mungkin terkejut, tetapi yogurt juga merupakan sumber utama iodin. Dan kerana ia juga merupakan superfood probiotik, anda akan mendapat manfaat kesihatan usus juga. Itu penting kerana banyak masalah tiroid yang disebabkan oleh penyakit autoimun.
5. Telur
Telur mengandungi koktel nutrien sokongan untuk tiroid, termasuk selenium, zink, iodin, vitamin D, dan besi.
6. Buah Beri
Antioksidan adalah penting dan ia baik untuk tiroid anda. Kajian mendapati orang yang ada penyakit tiroid mempunyai tahap radikal bebas yang lebih tinggi dari tahap normal. Buah beri mempu menbuang radikal bebas dalam tubuh.
7. Bayam
Tidak, saya tidak akan memberitahu anda bahawa anda tidak boleh makan sayur kobis jika anda sedang mengalami Hashimoto. Walaupun sayur-sayuran seperti bunga kobis, brokoli, dan kobis mengandungi goitrogen, sebatian yang boleh mengganggu fungsi tiroid, bukti setakat ini menunjukkan bahawa itu bukan masalah melainkan jika anda memakannya dengan banyak.
Faedah masih melebihi risiko. Sekiranya anda bimbang sama sekali, makanlah bayam! Ia baik untuk anda, lebih rendah goitrogen, dan mengandungi nutrien-nutrien seperti zat besi dan antioksidan.